Home » , , , » Bahaya toksin dalam badan

Bahaya toksin dalam badan

APA ITU TOKSIN
Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.

TOKSIN bukan hanya ampas dari makanan yang kita makan dan makanan-makanan yang tidak tercerna, tetapi juga berasal dari zat makanan aditif, udara tercemar, bahan kimia seperti pestisida, logam berat dalam air minum, kandungan ubat-ubatan farmasi dan lain-lain. Bahkan fikiran dan emosi negatif juga merupakan racun bagi sel-sel tubuh kita. Semua ampas atau zat yang tidak diperlukan tubuh akan diperlakukan sebagai racun (toksin) atau penyakit. Ampas atau toksin juga dihasilkan secara alamiah oleh tubuh kita sendiri. Ini merupakan proses metabolisme sehingga tidak dapat kita hindari. - Food Combining Indonesia

KESAN TOKSIN DALAM BADAN
Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.

Toksin berlebihan akan mempengaruhi emosi. Selain menjadi penyebab kepada,
- Sembelit
- Demam
- Selsema
- Berat badan berlebihan
- Selulit
- Kadar kolesterol darah berlebihan
- Penyakit/gangguan kulit
- Sindrom pramenstruasi
- Kehilangan ghairah seks
- Tumor
- Penyakit-penyakit degeneratif (hipertensi, stroke, penyakit jantung koroner, diabetes, kadar usam urat berlebihan dan lain-lain)

Tahukah anda bahawa punca dari masalah-masalah tersebut adalah kerana adanya timbunan ampas atau halangan yang bertindak sebagai ‘racun’ di dalam tubuh anda yang dipanggil TOKSIN?

Tahukah anda dengan pencemaran, pemakanan dan cara hidup anda sekarang menyebabkan kandungan toksin yang merbahaya telah meningkat di dalam badan anda. Rawatan tradisional di Asia sering mengaitkan bahawa kebanyakan bahagian di tapak kaki adalah berkaitan terus dengan organ-organ penting di dalam badan.


Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

KESAN KEMUDARATAN TOKSIN KEPADA TUBUH
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-

PENYAKIT KULIT
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

TUMOR
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

DEMAM
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

PENYAKIT JANTUNG DAN TEKANAN DARAH TINGGI
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

TOKSIN MERACUNI TUBUH ANDA? 
Kulit mencerminkan kesihatan dalam anda. Ia berfungsi sebagai 'kaca televisyen' yang memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.

Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘suara’ memberitahu sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.

Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.

Ramai yang hanya mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli vitamin, set penjagaan kulit dan juga makanan tambahan.

Namun TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.

Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia lalu menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus. Rutin pembuangan air besar terganggu.

Antara KAEDAH penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui sistem perkumuhan seperti peluh dan pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal.

Terdapat mereka yang hanya membuang air besar seminggu sekali. Ini kerana corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak serta kurang bersenam.
Sedangkan proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Namun jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu pula akan diserap semula dalam badan.

Menyingkirkan peluh dengan melakukan aktiviti senaman. Untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat seseorang perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Dengan peredaran semasa zaman sekarang kita sering disibukkan dengan gaya hidup yang tidak sihat.


Memperkenalkan FOOT PATCH, mengatasi/mengurangkan masalah toksin dalam badan,

~ Mengurangkan masalah lenguh-lenguh badan
~ Mengurangkan tekanan kepada sakit yang berlarutan dari aktiviti yang memenatkan
~ Menyingkirkan toksin melalui peluh yang diserap pada tapak kaki
~ Melegakan sakit tumit dan tapak kaki
~ Menyegarkan selepas bangun tidur



Apabila memakai Foot Patch, pengedaran darah berlaku dibahagian telapak kaki. Foot Patch akan menyerap toksin yang dibebaskan dari titik akupuntur. Dengan hanya menggunakan dalam tempoh satu malam sahaja, kita akan dapat melihat kesan penggunaan iaitu perubahan dari segi warna Foot Patch yang berwarna cerah ke warna coklat perang/hitam.


 
Support : Cawangan | Foot Patch | Kami
Copyright © 2015. Pembekal Foot Patch - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Pembekal Foot Patch